Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) ialah satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi) dan kurikulum yang baru dilaksanakan ini iaitu KSSM dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah menengah.

DSKP ini adalah terkini daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun DSKP ini pada pautan yang telah disediakan.